Ramai dikalangan kita yang mengalami masalah keguguran rambut, perkara ini boleh terjadi dengan pelbagai sebab samada kerana keturunan, penyakit atau ketidak seimbangan hormon dalam badan. Sekiranya kita tidak mengambil makanan yang seimbang kita berkemungkinan akan menyebabkan rambut menjadi gugur, sekaligus akan menyebabkan kebotakan kepala. Oleh itu perlulah diingatkan bahawa pengambilan zat makanan yang berkhasiat juga penting untuk pertumbuhan rambut.
Kini dengan Hair Tonic Ampoule anda mungkin akan dapat mengatasi masalah keguguran rambut yang anda alami. anda boleh mencubanya dengan melurutkan Ampoule Hair Tonic berikut di atas scalp kepala anda dan urut lembut. Lakukan ia pada waktu pagi dan malam. Dua (2) botol ampoule boleh di gunakan untuk 4 kali sapuan, iaitu sebotol untuk pagi dan malam dan keesokkannya satu lagi botol sama juga pagi dan malam. Inshallah kesannya boleh anda rasai pada hari yang kelima di mana rambut anda akan menjadi lembut. Keguguran menjadi kurang, akar rambut menjadi kuat, rambut menjadi sihat dan bersinar-sinar.
Gunakan ia mengikut keselesaan anda. Boleh juga di gunakan selepas mencuci rambut. Dan jarakkan waktu penggunaan selepas mendapatkan hasil yang di inginkan.