Hari ni syakie nak share dengan you all macamana cara nak guna BB Cream setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Dan bagaimana cara nak guna BB Cream sebagai Concealer dan juga sebagai Highlighter. Sebelum nak memulakan sessi makeup simple dan ringkas dengan BB Cream ni, pastikan anda mempunyai perkara-perkara yang tertera di bawah ni.
1. Ampoule / Serum
Disarankan untuk daily use (kegunaan setiap hari). Pilihlah ampoule / serum yang sesuai dengan keadaan kulit. Untuk makeup tahan lebih lama pilih Beautee Collagen Ampoule@Beautee Neutrilizing Ampoule, kedua-duanya merupakan kegemaran mak andam.
2. Beautee BB Cream
(untuk kulit berminyak / berjerawat, gunalah BB Cream untuk kulit berminyak dan berjerawat yer. Kalau kulit tu normal / kering. silalah gunakan BB Cream for Normal and Dry Skin.
3. Foundation brush / sponge. Powder brush (optional)
4. Spray muka
Samada air mineral atau brand macam evian face spray (acene thermal spring water). Yang mahal-mahal macam brand MAC pun ada. Pastikan anda menggunakan mineral water k.
5. Loose powder atau compact powder
Bersesuaian dengan tona kulit.
TUTORIAL PENGGUNAAN BEAUTEE BB CREAM
Sebagai persediaan lebih best supaya makeup tahan lama, muka tak berminyak dan bedak tak luntur, sapukan Beautee Face Ampoule / Serum (sangat disarankan kalau kita nak outcome yang terbaik!)
Langkah 1
Pumpkan sejumlah BB Cream di hujung jari dan oleskan di bahagian muka seperti di dalam gambar.
Langkah 2
Sapu rata dari arah tengah muka (hidung) ke arah telinga, sehala sahaja untuk bahagian bawah mata sehinggga tulang rahang. Untuk bahagian bawah mata, sapu lembut dan rata untuk melindungi kesan lingkaran gleap. Untuk bahagian dagu dan atas bibir sapu rata evenly.
Untuk langkah ini, bolehlah gunakan Foundation Brush atau Sponge dan kalau nak guna jari jemari pun boleh.
**Untuk kawasan mata, yang terbaik gunakan jari aje, sebab jari kita panas maka BB Cream ini akan lebih cepat menyerap dan di sekatakan**
Langkah 3
Untuk bahagian hidung, cara sapuannya adalah menegak dan menurun yer. Pastikan di tepi hidung juga di sapu rata. Bahagian dahi boleh sapu ke kiri dan ke kanan dan pastikan semuanya sekata.
Langkah 4
Gunakan Loose Powder (preferable) atau Compact Powder, sapukan ke wajah dengan brush.
Langkah 5
Spraykan muka dengan air mineral / facial spray / makeup spray (seperti di nyatakan di atas tadi). Spray ke arah muka dalam jarak 1 kaki gitu, jangan terlalu banyak sampai menitis-nitis pula. Cukuplah 2 - 3 kali spray untuk basahkan muka.
Langkah 6
Ulang langkah 4. Apply sekali lagi powder (preferable) compact powder / press powder. Kalau ada brush, boleh blend seluruh muka dan sekatakan powder.
Cara menggunakan BB Cream sebagai concealer.
Ni contoh yer. Katakanlah di kawasan dagu ada parut jerawat dan perlu di cover, so you all bolehlah apply BB cream sikit kat kawasan yang nak di cover tu, sapu sikit dan tepuk lembut dengan satu jari. Apply satu layer powder (disarankan compact powder)
Untuk tompok hitam / parut yang sangat ketara, mungkin perlu diulangi 2 - 3 kali untuk cover. Boleh spray sikit dan sapu powder satu (1) layer untuk pastikan powder melekat di muka dan uneven tone tu boleh nampak sekata. Teknik yang sama juga boleh di aplikasikan untuk cover dark circle / lingkaran gelap bawah mata yang terlalu obvious.
Cara Gunakan BB Cream Sebagai Highlighter
Nak tonjolkan sikit hidung mancung atau nak bawah mata nampak glow cantik??....hmmm caranya..Sapukan BB cream di kawasan atas hidung (bridge). Contohnya sapu rata atas bridge sahaja. Di sarankan guna powder yang lebih cerah warnanya sikit dan sapu di atas tempat yang sudah di sapu BB Cream tadi.
TIPS : Bagi sesetengah orang yang kuat berpeluh, tak kiralah macamana pun dia makeup, dia tetap akan berpeluh, so kalau ini berlaku bolehlah tekap muka dengan tisu tapi jangan sapu k, just tekap untuk resapkan peluh tu aje. Kemudian spray dengan mineral water/ makeup spray. Apply face powder evenly. Teknik ni sesuai juga touch up sikit-sikit sebelum keluar. Mudah aje kan!!
0 5000 orang nak tahu RAHSIA Syakie:
Post a Comment