Sila Dapatkan Produk Kecantikan Dan Kesihatan Dari Kami Dengan Menghubungi Talian 012.244.4691 Sekarang!!..Terima Kasih Dan Jumpa Lagi..Hey! Lovely People. Thanks For Helping Me And My Site By Visiting Here. I Hope You Enjoy Your Stay.Stay Tuned As I\'Am Re-Doing And Adding A Lot Of A New Content As Often As Possibble!..

.

Ikut

Pengenalan BEAUTEE

Sejak dari 2006, BEAUTEE menghasilkan pelbagai produk yang dirumus khas dari German dan Peranchis. Setiap produk mempunyai fungsi yang berbeza dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Bahan mentah produk BEAUTEE di import dari Eropah dan di hasilkan oleh kilang OEM bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) dengan ISO 9001:2000 di malaysia.

BEAUTEE menghasilkan produk penjagaan muka dan badan yang sesuai dengan peraturan yang di tetapkan oleh peraturan kosmetik ASEAN di bawah Malaysia Farmaseutikal Kebangsaan Pengendalian Biro (BPFK). Kilang ini juga di iktiraf HALAL oleh Jabatan pembangunan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan ini kami menjamin produk dan penjagaan kulit dan kosmetik kami mencapai kawalan keperluan antarabangsa yang tertinggi.

Hari ini produk BEAUTEE berkualiti tinggi, tidak hanya memiliki ribuan kepuasan pengguna dari seluruh Malaysia, Produk BEAUTEE ini juga di eksport ke Singapura, Brunei, Insonesia, Philipine, Australia, New Zealand, Turkey, England, Belanda dan Amerika. BEAUTEE juga telah mendapat anugerah ASIA PACIFIC Super Health Brand 2010/2011 dan ASIA PACIFIC Top Excellence Brand.

Syakie Simply Beauty
017.2426201

.

.
GET OUR FREE Beautee Syakie Simply Beauty Stamp Collection CARD NOW! For every RM85.00, you will get a stamp from us and once you collected 10 stamps, YOU GET FREE BEAUTEE PRODUCTS!! YOU GET TO CHOOSE FROM OUR 3 CHOICES! What are you waiting for! Go GET ONE NOW! EXCLUSIVE FOR WALK INS and ONLINE Customers!

Produk De Herbs Ada Di Sini..Klik Lah!

Write to us for any enquiries, comments, referral programs etc.
We will be happy to provide the answers in anyway we can.

Contact number 017.2426201(we prefer SMS/WHATSAPP only) or write to us !

Thank You.
Syakie Simply Beauty

Serum : Nano Scar Serum

Nano Scar Serum ini lebih menyerap daripada scar krim biasa, kerana ianya memiliki sifat pemulihan kulit, oleh itu ia banyak membantu di dalam menghilangkan parut jerawat. Ini sangat bagus untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat kerana ia tidak menyekat pori-pori.
Cara Menggunakannya
Gunakan Nano Scar Serum selepas membersihkan muka dengan Cleanser dan Toner. Tuangkan sejumlah scar serum ke tapak tangan, sapukan ke serata wajah, urut dengan lembut sehingga cecair serum tersebut meresap ke dalam kulit. Penggunaan boleh diikuti dengan Nano Miracle Cream dan BB Cream.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Serum : 24K Gold Serum

24K Gold Serum mengandungi 24K emas tulen. Ianya digunakan bagi membantu membekalkan collagen ke dalam kulit, juga membantu melindungi kulit dari kesan pencemaran habuk, debu dan persekitaran yang tidak sihat.. Juga melindungi kulit dari menjadi rosak akibat dari sinaran UV. Ia juga boleh menghilangkan tompok-tompok hitam dan memberi kesan jangka masa panjang, membantu pengaliran darah, merawat kulit sensitif, mengahlang kedutan dan garis halus sekaligus menegangkan kulit.
Amat sesuai digunakan bagi mereka yang baru menginjak ke umur 30 - 60 tahun untuk melambatkan proses penuaan. Bagi yang mempunyai parut berlubang akibat dari kesan jerawat memang bagus menggunakan serum ini. Bagi kulit yang berminyak pula tidaklah di galak menggunakannya kerana ia mangandungi kolagen yang boleh menyebabkan terjadinya jerawat berlebihan.

Cara Mengguna
Letakkan Serum di atas tangan kemudian sapuka ndi seluruh muka dan urut perlahan menghala ke atas.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Serum : Hydro Calming Serum

Hydro Calming Serum berfungsi menyenangkan keadaan kulit yang tidak selesa. Menyenang dan menghaluskan kulit, melembab serta menghaluskan kulit.

Cara Menggunakannya
Sapu merata dengan perlahan pada muka yang telah di bersihkan. Guna pada waktu pagi dan malam.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Serum : Nano Eye Serum

Nano Eye Serum di rumus khas dari ekstrak buah manggis yang berupaya mengurangkan masalah kedutan / garis-garis halus di sekitar mata dan sangat berkesan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata. Rumusan Nano yang di aplikasi di dalam Nano Eye Serum ini terdiri dari Nano molekul yang sangat halus dan dapat menembusi kulit dalam masa 40 saat. 
Perbezaan di antara Nano Eye Serum dan Eye Care Ampoule adalah Nano Eye Serum sesuai untuk merawat masalah di sekitar mata kerana ia sangat efektif dan kesannya boleh di rasai selepas 3 kali penggunaan. Manakala Eye Care Ampoule pula sesuai untuk kulit muda di antara 18 - 35 tahun dan juga sebagai "maintenance" (untuk mengekalkan mata yang tegang tanpa garis halus atau tanpa lingkaran hitam di bawah mata).

Kesan penggunaannya juga adalah berbeza bagi setiap individu. Masalah garis halus dan kedut di sekitar mata mungkin mengambil sedikit masa dan usaha, manakala masalah lingkaran hitam dan lebam di bawah mata / eye bag lebih cepat di rasai perubahannya.

Cara Penggunaannya
Di sarankan selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka dan selepas penggunaan toner. Picitkan sedikit Nano Eye Serum ke atas jari, sapukan ke kawasan sekitar mata. Tepuk lembuk dengan menggunakan satu jari. Tidak di sarankan menyental atau menggosok kasar di kawasan mata kerana kawasan mata adalah kawasan yang sangat lembut.

Berikut di tunjukkan cara menggunakan Beautee Nano Eye Serum..sila perhatikan..
Bagi kulit muda 18 - 35 tahun
Pagi ~ disarankan menggunakan Eye Care
Malam ~ disarankan Nano Eye Serum

Bagi kulit matang 35 tahun ke atas
Pagi dan Malam di sarankan menggunakan Nano Eye Serum.

TIPS : Selain penggunaan Beautee Eye Mask, penggunaan Nano Eye Serum lebih  di sarankan dengan aplikasi harian. Untuk maintenance pengguna boleh lah menggunakan Eye Care Ampoule.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Serum : Caviar Serum

Caviar Serum adalah merupakan satu  kombinasi ajaib yang menghentikan penuaan pada kulit supaya tampil kembali muda tanpa sebarang suntikan ataupun operasi muka. Tujuan utamanya adalah untuk melindungi membran sel, termasuk kerosakan sel epidermal yang di sebabkan oleh pancaran UV. Bagi you all yang sudah mula terasa kulit tu dah mula ada garis-garis halus kearah kekedutan...boleh lah mula menggunakan serum ini
Cara Menggunakannya
Sapukan jumlah yang sesuai di kawasan yang diingini, kemudian urut dengan perlahan sehingga ia meresap sepenuhnya ke kulit muka.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Cleansing : Cool Cleanser

Cool Cleanser merupakan pencuci muka yang sangat berkesan untuk semua jenis kulit terutama sekali kulit yang mengalami keradangan dan sesuai untuk kulit mengawal pengeluaran sebum. Cleanser ini mempunyai kesan sensasi sejuk kepada kulit yang membolehkan ia membersihkan kulit jauh kedalam dengan  memasukki kulit untuk melembutkan sel-sel kulit mati dan black / white heads.

Cara Penggunaannya
Sapukan sejumlah Cool Cleanser ke wajah, urut dengan perlahan dan bilas dengan air. Cleanser ini juga boleh di jadikan MASK. Caranya adalah dengan membiarkan Cool Cleanser di wajah seperti menggunakan cream mask.
Aturan pemakaiannya adalah seperti berikut
Normal to Dry Skin : 3 - 5 minit
Oily and Open Pore Skin : 10 - 5 minit
Pimple Skin : 15 - 30 minit
Sensitif Skin :  10 15 minit
Kandungannya
Water, Honey Suckle, Root of Red Rooted, Salvia Angelica, Lavender.
Cream Cleanser ni yang sebenarnya ada mempunyai rasa cooling & sensation gitu. Bagi mereka yang mempunyai banyak bintik-bintik putih atau hitam (black heads / white heads), cleanser ini memang sesuai untuk anda. Nak tahu kenapa??..Sebabnya..cleanser ini bukan sahaja boleh digunakan  sebagai pencuci harian tetapi juga boleh membantu selesaikan masalah black / white head dan cleanser ini juga akan menolong melembutkan bintik-bintik tersebut, terutama sekali bintik-bintik yang tegar yang mana bila kita picit sampai merah muka pun dia tak mahu keluar juga.  Bila gunakan cleanser ini secara automatik ianya akan melembutkan bintik-bintik yang degil itu.  

Selepas tu gunakan pula 3D mask untuk tarik keluar bintik-bintik tersebut dari hidung, atau pun gunakan vaccum (vaccum muka tau..bukan vaccum lantai pulak..hehheh). Kesan pengeluaran minyak berlebihan juga akan berkurangan dan menjadikan muka bersinar-sinar sentiasa. Tiada kandungan chemical yang boleh merosakkan kulit, ringan pulak tu dan mesra kulit.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Scrub : Gold Peeling Gel Scrub

Gold Peeling Gel Scrub menggosok dengan lembut dan menghaluskan permukaan kulit dengan nmengeluarkan sel-sel kulit mati yang bertumpu dengan kotoran yang menyumbat pori-pori. Di tambah dengan kepingan emas bagi membantu menjaga kulit anda semasa menggosok. Kulit menjadi lebih berseri dan halus. Ia juga mempercepatkan proses penggantian kulit dan mengembalikan kekenyalan dan mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit serta bintik-bintik hitam.
Cara Penggunaan
Bersihkan muka dan keringkan, ambil scrub kemudian di sapu merata ke muka, gosok perlahan-lahan sehingga selesai. Bersihkan muka dengan air bersih.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Ampoule : Jenis Dan Cara Penggunaannya

APA ITU AMPOULES.
Ampoule adalah cecair yang tinggi kepekatannya yang di botolkan didalam botol kedap udara. Ampoule biasanya mengandungi extract botanic vitamin dan gabungan pelbagai enzim. Apa yang pasti, ianya tiada bahan pengawet dan chemical berbahaya. Ampoule ini di ciptakan untuk setiap jenis kulit dan memberi kesan yang menakjubkan untuk pelbagai masalah kulit wajah seperti jeragat, jerawat, kulit berminyak dan pelbagai lagi. Untuk mendapatkan kesan yang lebih menakjubkan gunakanlah Ampoule bersama 3D Mask.

Macamana nak guna ampoule.
1. Cuci muka sehingga bersih
2. Scrub
3. Ampoule (urut-urut hinga meresap ke dalam kulit)
4 Mask (15 - 20 minit)
5. Pakai Toner
6. Pakai Pelembab@moisturizer / night cream

**Ampoule mesti di gunakan sekali sahaja kerana ia hanya boleh bertahan selama 4 jam selepas botol di buka**

Jenis-Jenis Ampoule
1. OPEN PORE FACE AMPOULE
Ampoule ini membantu mengecilkan pori-pori di wajah yang besar dan mengawal pengeluaran sebum minyak. Sesuai di gunakan untuk kuit berjerawat. Ampoule ini juga di gunakan pada kulit yang mengalami kesan berlubang / berlopak kesan dari jerawat lama.

Cara Penggunaannya
Sapukan di seluruh wajah selepas membersihkan muka. Diikuti dengan 3D Mask. 
(disarankan Vegefiber 3D, Green Apple, Green Pea & Red Bean mask). Elakkan kawasan mata yer.
Setiap botol ampoule boleh digunakan sekurang-kurangnya 3 kali jika di simpan di dalam peti sejuk. Pastikan anda menutup botol ampoule selepas di buka dengan kapas muka untuk memastikan kesegaran ampoule.
**sesuai untuk semua jenis kulit**

2. WHITENING FACE AMPOULE
Ampoule jenis ini di gunakan untuk mencerahkan kulit muka tetapi tidak mengeringkan muka kerana ampoule ini mampu memberi kelembapan pada wajah. Ampoule ini juga mampu mengatasi masalah kulit kusam.

Cara Penggunaannya
Sapukan di seluruh wajah selepas membersihkan muka di ikuti dengan 3D Mask.
(disarankan 3D Soy Bean Mask dan Lily Mask). Elakkan kawasan mata.
**Sesuai untuk kulit Normal to Dry Skin. Tidak sesuai untuk kulit berminyak kerana ianya mengandungi pelembab yang boleh menjadikan kulit semakin berminyak**

3. SOOTHING FACE AMPOULE
Ampoule jenis ini berperanan untuk mengelakkan masalah kulit akibat persekitaran. Amat sesuai untuk mengelakkan jerawat daripada timbul semula. Ampoule ini juga digunakan selepas penggunaan Purifying Ampoule. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit berminyak dan mengelakkan kerengsaan pada kulit.

Cara Penggunaannya
Sapukan di seluruh wajah selepas membersihkan muka. Diikuti dengan 3D Mask iaitu Lavender Mask. Elakkan kawasan mata.
**Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat, sensitif dan kulit normal kepada kering**

4. PURIFYING FACE AMPOULE
Ampoule ini berperanan untuk mengawal pengeluaran sebum. Amat sesuai untuk kulit berjerawat, sensitif dan kulit yang berminyak. Bagi yang mengalami masalah jerawat...anda adalah di sarankan menggunakan Purifying Ampoule terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah jerawat anda. Purifying Ampoule ini berkesan untuk mengecutkan jerawat di wajah, selepas itu gunakan Soothing Ampoule dan seterusnya boleh gunakan Whitening Ampoule untuk memutihkan kulit.

Cara Penggunaannya
Sapukan ke seluruh wajah selepas membersihkan muka. Di ikuti dengan pemakaian 3D Masker Green Apple & RedBean Mask. Elakkan kawasan mata.
**Sesuai untuk kulit berjerawat, berminyak dan sensitif. Tidak sesuai untuk kulit kering dan aging skin@kulit matang. Ampoule yang paling HOT dan FAMOUS!!

5. HYDRATING FACE AMPOULE
Ampoule ini di rumus khas untuk mengurangkan kehilangan air pada kulit dan melembapkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali kulit kering. Menjadikan kulit tampak lebih berseri-seri.

Cara Penggunaannya
Sapukan di seluruh wajah selepas membersihkan muka, di ikuti dengan pemakaian masker. Disarankan menggunakan Silk Collagen Mask atau High Concentrated Gel Mask 50% Collagen. Ianya bertujuan untuk melembapkan kulit serta merangsang pertumbuhan. Elakkan kawasan mata.
**Sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali kulit kering kecuali kulit berminyak**

7. COLLAGEN AMPOULE
Ampoule ini mengandungi 50% collagen yang dapat membantu kulit lebih seimbang dan menegangkan kulit wajah. Kandungan ampoule ini sesuai di gunakan untuk treatment menyegarkan kulit wajah. Sering di gunakan sebagai pre make up untuk para pengantin / photo shoot. Juga disarankan untuk mereka yang ingin mengekalkan keanjalan dan kecantikan kulit sebagai anti aging.

Cara penggunaannya
Sapukan di seluruh wajah selepas membersihkan muka. Diikuti dengan pemakaian masker. Disarankan menggunakan 3D Gold Mask, Red Bean Mask, Lily Mask, Silk Collagen Mask dan High Concentrated Gel Mask 50% Collagen. Elakkan kawasan mata.
**Sesuai untuk kulit normal ke kulit kering, aging skin, make up artis. Tidak sesuai untuk kulit berminyak**

8. FIRMING FACE AMPOULE
Ampoule ini kalau di ambil dari usia muda..wow!! tak dapat di bayangkan 20 tahun akan datang. Ianya boleh menghilangkan kedut-kedut serta garisan-garisan halus di kulit muka. 
**Sesuai untuk kulit matang, normal to dry skin dan tidak sesuai untuk kulit berminyak**

9. VITAMIN C
Kepada yang nak maintain kulit lembut, licin dan gebu..amalkanlah Vitamin C, Whitening dan Hydration. Ketiga-tiga ampoule ini boleh buat kulit kita jadi gebu gitu. Kepada kakak-kakak yang sudah berumur sikit, bolah lah fokus kepada  anti aging seperti soothing, hydrating dan firming...Vitamin C pun kena guna selalu.
Vitamin C ampoule ini dapat menjadikan kulit lebih cerah, berseri serta melewatkan proses penuaan. Ia jug digunakan bagi menangani masalah liang pori terbuka dan menjadi agen anti oksidan kepada kulit.

Ampoule ini macam extra treatment aje..dah alang-alang kita hari-hari pakai mask..sapu toner lah, night creamlah..apa kata kita tambah satu lagi aspek penting dalam penjagaan kulit. cuba tengok bintang ternama Hong Kong ala model-model tuhh..hmm mereka tu pakai ampoule dan rajin pergi ke salon ..hehheheh

Bab-bab ampoule ni kenalah rajin sikit, urut-urut muka tu, jangan main dap-dap aje. Masa kita guna scrub kita buka lubang pori-pori kat muka kita so khasiat dalam ampoule tu lebih senang nak masuk kedalam kulit..so urutlah perlahan-lahan, biarkan ianya meresap semua, lepas tu kita pakailah pulak Masker.

So step-step yang syakie bagi tu you all follow lah yer, jangan ikut sendiri punya pulak. Ok kalau you all ikut, memang di galakkan guna Mask, Toner, Cream dari brand yang sama..baru lah UUMMPPHH!!

Face ampoule ni bukan untuk perempuan aje tau, lelaki pun ramai yang dah guna, terutama yang nak kurangkanjeragat..alah lubang-lubang  kat muka tu pun boleh apa..kalau tak cuba mana nak tahu..betul tak??

Allright..kalau tak paham juga, janganlah malu-malu nak kol syakie...syakie di sini sedia membantu..heheheh
So kepada mak-mak andam dan juru makeup artis tu..kalau nak borong..harga boleh diskaun lagi...boleh juga beli ampoule ni bercampur-campur. Bila kita guna ampoule ni..nak make up pun senang tau, seri muka pun boleh naik. Cubalah yer!

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Ampoule : Cara Nak Buka Botol Ampoule

Hari ini syakie nak tunjukkan cara untuk buka botol ampoule ni sebab ramai sangat yang tak tahu macamana...
Tengok gambar ni betul-betul yer...
Langkah 1 
Pegang macam ni.
Langkah 2
Ambil tisu atau kain pelapik (seperti gambar ni)
Langkah 3
Patahkan di garisan yang berwarna putih.

Seterusnya bagaimana nak guna dan caranya...meh! tengok sini.
1. Cuci muka bersih-bersih.
2. Buka botol ampoule.
3. Tuangkan ampoule di tapak tangan kemudian terus sapu keserata muka, lakukannya sehingga habis sebotol
4. Pakai pelembab@moisturizer

Di bawah ni ada gambar tentang cara penyapuan yang betul...you all boleh lah follow yer...hehehhe
Kesan Penggunaan Yang Kosisten
Syakie bagi contoh collagen dan vitamin C la yer. Sekiranya anda menggunakan Collagen Ampoule / Vitamin C secara berterusan, you all boleh lihat kesan pada wajah dalam masa 2 atau 3 hari sahaja dimana kulit wajah menjadi lebih lembut, halus dan bersinar. Purifying ampoule pula boleh di lihat kesannya dengan kekeringan jerawat dalam masa 2 - 3 hari sahaja. Begitu juga dengan Firming Ampoule di mana kesan-kesan garis halus nampak pengurangan.

Di samping penggunaan Ampoule, juga di sarankan untuk buat mask treatment. Gunakan 3D Powder Mask yang bersesuaian dengan kulit you all.
(Buat facial dengan menggunakan ampoule dan masker, samalah juga dengan treatment di salon-salon kecantikan. Cuma anda lakukannya sendiri di rumah, jimat pun jimat kan..)

So gunakanlah tanpa was-was kerana produk ini halal di gunakan.
KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KKM No. Registration : NOT090400198K

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Moisturizer : BB Cream (sambungannya)

Dah selalu sangat kita dengar tentang orang bercakap pasal BB Cream ni dan banyak juga jenama-jenama yang keluar di Internet. Kiranya BB Cream ni dah jadi FAMOUS lah pulak, terutama sekali di Korea, Japan dan China. Tapi kenapa yer?? hmmm..sebabnya adalah kerana BB Cream ni adalah BB Cream untuk semua.hheheh tak percaya ke??..jom syakie tunjukkan apa yang BB Cream boleh buat untuk you all.
1. Sebagai pelembab@moisturizer
BB Cream ni tinggi dengan kuasa pelembab@moisturizer, so bila dah guna pelembab ni maka tak perlulah gunakan pelembab tambahan.
2. Kandungan SPF
Ia melindungi kulit kita dari pancaran sinar UV.
3. Foundation
Bertindak sebagai foundation, memudahkan penyapuan sebelum make up.
4. Acne Treatment /  Merawat Jerawat
Kandungan yang terdapat di dalam BB Cream ini juga mampu menentang jerawat. Tidak seperti kebanyakkan foundation yang menyebabkan Open Pores dan jerawat.
5. Concealer
Melindungi kulit di bahagian mata untuk cover eyebag, eye circle mahupun pigmentasi.
6. Anti Aging Lotion
Bertindak menentang kedutan-kedutan di muka sebelum waktunya.
7. Whitening Lotion
Mencerahkan wajah juga.

Macamana?? bestkan?? Memang jerawat takkan naik bila you all gunakan Beautee BB Cream ni. Dan kesemua kebaikan di atas semuanya telah di padatkan didalam satu botol Beautee BB Cream.
Sekiranya nak lagi best supaya makeup di muka bertahan sepanjang hari, gunakanlah Ampoule sebelum BB Cream. Harganya pun murah dan mampu di miliki oleh semua.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Moisturizer : Nano Miracle Cream dan Keistimewaannya.

Hari ini syakie nak jelaskan tentang SALAH FAHAM kebanyakkan orang tentang PELEMBAB@MOISTURIZER.
Apa yang orang salah faham adalah :
1. Pelembab hanya untuk orang yang ada masalah kulit kering sahaja.
2. Pelembab@moisturizer hanyalah untuk perempuan saje so lelaki tak perlu pakai.
3. Kulit berminyak tak perlu pakai pelembab nanti terlebih lembab pulak.
4. Negara kita ni bukannya negara empat (4) musim, kulit takkan kering dan moisturizer tak penting pun.
Hah! ini semua adalah apa yang ada di dalam pemikiran mereka yang tidak tahu tentang apa itu pelembab..hmm sabo je lah!

Apakah tujuan menggunakan pelembab@moisturizer.
1. Supaya kulit menjadi lembut, lembab dan segar.
2. Pelembab yang bersesuaian dengan kulit akan mengelakkan kulit dari rosak. Kulit kering biasanya memudahkan bakteria masuk ke dalam kulit dan boleh menyebabkan kulit mendapat jangkitan. Dengan itu terjadilah jerawat, tompok-tompok hitam yang sukar di rawat dan sebagainya.
3. Membantu mengurangkan kesan-kesan garis halus penuaan. Bila kulit hilang kelembapan, kulit mudah meregang dan disebabkan itu mulalah timbul tanda-tanda kedut di muka.
So sekarang you all fahamlah yer kenapa kita perlu gunakan pelembab setiap hari..hehhehehe

Apakah yang di maksudkan dengan pelembab@moisturizer.
Pelembab@moisturizer adalah produk yang di hasilkan dari kombinasi minyak dan ekstrak tumbuhan. Peranannya adalah untuk memberi kelembapan secukupnya pada kulit. 

Apa yang bestnya tentang Beautee Nano Miracle Cream sebagi pelembab@moisturizer.
1. Ianya berbeza dari pelembab jenis yang lain. Nano Miracle Cream ini di rumus dengan kaedah Nano Technology. Maknanya ia membantu penyerapan yang lebih cepat "super" pantas dan sebagainya sebab pelembab ini terdiri dari molekul-molekul Nano yang halus yang cepat meresap ke dalam kulit sampai ke berlapis-lapis kulit. 
2. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih cantik dari hari ke hari.
3. Makeup akan bertahan lebih lama dengan pemakaian pelembab ini terlebih dahulu.
4. Ianya ringan dan tidak berminyak.
5. Ia mengaktifkan penghasilan sel kulit baru, kulit menjadi tegang, glowing (berseri-seri) gitu!

Sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah peka dan tahu tentang bahan-bahan yang di gunakan didalam setiap produk skin care yang kita gunakan setiap hari. Persoalannya kenapa??? Ianya kerana kesihatan kulit kita bergantung juga pada cara penjagaannya. Cara penjagaan kulit pula berkait rapat dengan produk yang kita gunakan. Produk yang di gunakan pula mestilah tidak memberi kesan sampingan so apa kata kita intai dulu apa yang terkandung di dalam Nano Miracle Cream yang syakie katakan best ini...
Nah! ini dia kandungannya...
WILD YAM EXTRACT, HYDROLYZED COLLAGEN, PROTEIN, HYDROXYETHYL UREA, GLYCERIN, GERM OIL, PLUKENETIA VOLUBILIS, SEED OIL, TOCOPHERYL ACETATE, SODIUM HYALURONATE, ALLANTOIN, ALOE BARBADENSES, LEAF EXTRACT. 

Tahukah anda apakah bahan-bahan yang tidak di sarankan di dalam pelembab@moisturizer?
Bahan-bahan tersebut adalah ALKOHOL DIAOXANE, PARABENS, PHENOL CARBOLIC ACID, FRAGRANCE. So...buat you all yang di luar sana, kalau nak beli moisturizer tu, silalah perhatikan label kandungannya terlebih dahulu, dan perhatikanlah sekiranya terkandung bahan-bahan yang di nyatakan tadi. Jadi berfikirlah beribu-ribu kali sebelum membelinya bagi menjamin kesihatan kulit supaya lebih terpelihara.. 

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Moisturizer : Tutorial Penggunaan BB Cream

Hari ni syakie nak share dengan you all macamana cara nak guna BB Cream setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Dan bagaimana cara nak guna BB Cream sebagai Concealer dan juga sebagai Highlighter. Sebelum nak memulakan sessi makeup simple dan ringkas dengan BB Cream ni, pastikan anda mempunyai perkara-perkara yang tertera di bawah ni.

1. Ampoule / Serum
Disarankan untuk daily use (kegunaan setiap hari). Pilihlah ampoule / serum yang sesuai dengan keadaan kulit. Untuk makeup tahan lebih lama pilih Beautee Collagen Ampoule@Beautee Neutrilizing Ampoule, kedua-duanya merupakan kegemaran mak andam.

2. Beautee BB Cream
(untuk kulit berminyak / berjerawat, gunalah BB Cream untuk kulit berminyak dan berjerawat yer. Kalau kulit tu normal / kering. silalah gunakan BB Cream for Normal and Dry Skin.

3. Foundation brush / sponge. Powder brush (optional)

4. Spray muka
Samada air mineral atau brand macam evian face spray (acene thermal spring water). Yang mahal-mahal macam brand MAC pun ada. Pastikan anda menggunakan mineral water k.

5. Loose powder atau compact powder
Bersesuaian dengan tona kulit.

TUTORIAL PENGGUNAAN BEAUTEE BB CREAM
Sebagai persediaan lebih best supaya makeup tahan lama, muka tak berminyak dan bedak tak luntur, sapukan Beautee Face Ampoule /  Serum (sangat disarankan kalau kita nak outcome yang terbaik!)
Langkah 1
Pumpkan sejumlah BB Cream di hujung jari dan oleskan di bahagian muka seperti di dalam gambar.
Langkah 2
Sapu rata dari arah tengah muka (hidung) ke arah telinga, sehala sahaja untuk bahagian bawah mata sehinggga tulang rahang. Untuk bahagian bawah mata, sapu lembut dan rata untuk melindungi kesan lingkaran gleap. Untuk bahagian dagu dan atas bibir sapu rata evenly.
Untuk langkah ini, bolehlah gunakan Foundation Brush atau Sponge dan kalau nak guna jari jemari pun boleh.
**Untuk kawasan mata, yang terbaik gunakan jari aje, sebab jari kita panas maka BB Cream ini akan lebih cepat menyerap dan di sekatakan**
Langkah 3
Untuk bahagian hidung, cara sapuannya adalah menegak dan menurun yer. Pastikan di tepi hidung juga di sapu rata. Bahagian dahi boleh sapu ke kiri dan ke kanan dan pastikan semuanya sekata.
Langkah 4
Gunakan Loose Powder (preferable) atau Compact Powder, sapukan ke wajah dengan brush.

Langkah 5
Spraykan muka dengan air mineral / facial spray / makeup spray (seperti di nyatakan di atas tadi). Spray ke arah muka dalam jarak 1 kaki gitu, jangan terlalu banyak sampai menitis-nitis pula. Cukuplah 2 - 3 kali spray untuk basahkan muka.

Langkah 6
Ulang langkah 4. Apply sekali lagi powder (preferable) compact powder / press powder. Kalau ada brush, boleh blend seluruh muka dan sekatakan powder.

Cara menggunakan BB Cream sebagai concealer.
Ni contoh yer. Katakanlah di kawasan dagu ada parut jerawat dan perlu di cover, so you all bolehlah apply BB cream sikit kat kawasan yang nak di cover tu, sapu sikit dan tepuk lembut dengan satu jari. Apply satu layer powder (disarankan compact powder)

Untuk tompok hitam / parut yang sangat ketara, mungkin perlu diulangi 2 - 3 kali untuk cover. Boleh spray sikit dan sapu powder satu (1) layer untuk pastikan powder melekat di muka dan uneven tone tu boleh nampak sekata. Teknik yang sama juga boleh di aplikasikan untuk cover dark circle / lingkaran gelap bawah mata yang terlalu obvious.

Cara Gunakan BB Cream Sebagai Highlighter
Nak tonjolkan sikit hidung mancung atau nak bawah mata nampak glow cantik??....hmmm caranya..Sapukan BB cream di kawasan atas hidung (bridge). Contohnya sapu rata atas bridge sahaja. Di sarankan guna powder yang lebih cerah warnanya sikit dan sapu di atas tempat yang sudah di sapu BB Cream tadi.

TIPS : Bagi sesetengah orang yang kuat berpeluh, tak kiralah macamana pun dia makeup, dia tetap akan berpeluh, so kalau ini berlaku bolehlah tekap muka dengan tisu tapi jangan sapu k, just tekap untuk resapkan peluh tu aje. Kemudian spray dengan mineral water/ makeup spray. Apply face powder evenly. Teknik ni sesuai juga touch up sikit-sikit sebelum keluar. Mudah aje kan!!

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Moisturizer : BB Cream Dan Keistimewaannya

Terdapat tiga (3) jenis BB Cream untuk setiap kulit.
1. BB Cream untuk kulit jerawat dan berminyak.
2. BB Cream untuk kulit normal dan kering (warna natural)
3.BB Cream untuk kulit normal dan kering (warna cerah)

 


BB Cream ni memang sudah menjadi trend zaman sekarang ni sebab ianya mudah di bawa. Ia juga mengandungi SPF, bertindak sebagai concealer, foundation dan juga berfungsi untuk memperbaiki struktur kulit (maknanya, sesiapa sahaja yang menggunakan BB Cream ini tidak akan mendapat jerawat sekiranya menggunakannya dalam jangka masa panjang,malah kulit akan menjadi lebih cantik dan berseri. Senangkan ..nak bawa kemana-mana pun senang aje.

Keistimewaan BB Cream?
1. Open Pores (liang pori terbuka) tidak ketara sangat bila kita gunakan BB Cream ni. Krim ini juga bertindak melindungi pori-pori kulit muka agar nampak sekata.
2. Tidak berminyak, ringan, mudah di sapu, tambahan lagi bila di sapu selepas ampoule/serum. Bagi kulit berminyak (oily), selepas pakai BB Cream dengan powder, kulit akan nampak gebu, makeup juga tahan lebih lama.
3.Tone kulit menjadi sekata dan lebih glow (bersinar-sinar)
4. Juga bertindak sebagai concealer, maknanya boleh cover lingkaran gelap bawah mata.

Beza BB Cream dengan Concealer ?
Concealer ni texturenya lebih pekat, di gunakan untuk menampal / cover kat mana-mana bahagian yang tidak sekata di muka, hanya di guna untuk tempat yang perlu aje, tak di sapu di seluruh muka. Kalau kita pakai concealaer, wajib cuci bersih-bersih, kalau tidak concealer yang thick (heavy duty) boleh sumbat liang pori dan menyebabkan kulit berminyak atau berjerawat.

BB Cream pula smooth (lembut), masih boleh guna sebagai concealer dan juga boleh di sapu di seluruh muka, lagi best kan!!. Dan yang penting, setebal mana pun kita sapu, BB Cream takkan sumbat liang pori dan sudah pasti kulit tak kan dapat jerawat.


Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Tips : Cara Betul Menghapuskan Jerawat

Jerawat?? Mmg tak selesakan. Rasa stress dan tertekan betul bila jerawat mula bertakhta di muka.
Bila timbulnya jerawat ni kat muka, mulalah tangan tu gatal merayap nak picitkan! Kebanyakkan dari kita akan picit jerawat tersebut hanya dengan menggunakan kuku (faktor tak sabar dan geram ler tuu). Sanggup picit sampai senget-senget muka.
Bukan tu aje, ada juga yg "pop" kan jerawat tu menggunakan jarum!..yang penting bagi mereka jerawat tu meletop!.
Lepas dah picit jerawat tu...hari berikutnya keluarlah lagi beberapa biji jerawat...tak pun terus jadi parut hitam. Jadi....betul ke cara kita picit jerawat selama ni?..Jawapannya SALAH! Cara picit dengan kuku atau dengan jarum tu memang tidak betul sama sekali.

Sebabnya :-
Picit jerawat dengan menggunakan kuku ni boleh menyebabkan jangkitan kuman. Kuman tu datangnya dari jari jemari kita lah, sebab tu bila jerawat tu dah aje keluar, tup-tup esok lusa jerawat lain pulak keluar di tempat yang sama. Picit jerawat cara tu juga boleh menyebabkan terjadinya parut jerawat, so lepas ni kenalah buat dengan cara yang betul. Nak tahu macamana??..hmmm..meh syakie tunjukkan.

Langkah 1
Cuci dulu tangan tu !!. Pastikan juga tangan tu di cuci dengan menggunakan sabun. Basuh sebersih-bersihnya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Langkah 2
Cuci muka tu dengan pencuci muka yang mengandungi bahan antibakteria (Purifying Cleanser). Kalau kat muka tu masih lagi ada makeup, sila lah bersihkan dulu dengan make up removal kemudian barulah cuci muka dengan pencuci muka. Kulit muka kita ni memang sentiasa ada bakteria, kalau tak cuci dulu kemudian terus picit aje jerawat tu, bermakna kita memberi peluang kepada bakteria untuk terus masuk kedalam kulit.

Langkah 3
Scrub di bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Tujuannya adalah untuk membuang sel-sel kuit mati dan memudahkan kerja untuk memicit jerawat. Boleh gunakan Gold Facial Scrub, jangan pulak gunakan scrub kat badan untuk scrub di muka pulak ye...hehehhe

Langkah 4
Steamkan kulit muka tu untuk beberapa minit bagi membuka liang-liang pori supaya senang jerawat tu nak keluar apabila di picit nanti. Gunakan sarung jari ataupun sekurang-kurangnya tisu sebelum memicit jerawat bersama dengan peralatan membuang jerawat yang dikhaskan untuk tujuan itu. Tujuannya pun sama iaitu untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Langkah 5
Cari "Mata" jerawat tu, picit di bahagian tepi jerawat tu untuk keluarkan isinya. Urut sedikit untuk pastikan isinya keluar. Jangan sesekali sentuh jerawat tersebut, kecuali untuk lapkan isi jerawat yang keluar itu sahaja. Jangan picit keterlaluan yer, takut nanti akan jadi parut jerawat pulak.

Langkah 6.
Dapkan toner kat atas jerawat tu atau gunakan Skin Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat dan meredakan jerawat tu dengan cepat

Langkah 7
Gunakan 3D Mask untuk kulit berjerawat seperti 3D Green Apple kerana ianya mengandungi antiseptik, 3D Green Pea pulak untuk membantu jerawat tu supaya sembuh dengan cepat dan juga untuk mengecilkan sedikit liang pori kita tu selepas jerawat di keluarkan.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Scrub : Gold Facial Scrub


Gold Facial Scrub adalah merupakan scrub wajah yang halus dan lembut, mempunyai kandungan jojoba manik yang unik, di tambah pula dengan Pure Gold. Sangat efektif untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Membuatkan kulit lebih lembut, halus dan nampak lebih segar. Di perkaya dengan pelbagai vitamin, membuatkan kulit terasa lembut setelah di scrub dan kelembutan kulit yang berpanjangan.

**Sesuai untuk semua jenis kuit, terutama sekali kulit berminyak**

Cara Penggunaan:
1. Bersihkan muka dengan pembersih muka,bilas bersih dengan air.
2. Letakkan sedikit Gold Facial Scrub di hujung jari, kemudian urut lembut ke seluruh muka dan leher 
lakukan urutan memutar, sental lembut di kawasan tepi hidung juga di bahagian leher, kemudian bilas dengan air.. Elakkan kawasan mata dan bibir.

Scrub ini totally  lain dari scrub yang biasa you all gunakan, yang kebanyakkannya mempunyai texture yang kasar (macam pasir, keras) so bila kita scrub aje kulit kita jadi kemerah-merahan dan kadang-kadang boleh jadi gatal. Berbeza dengan scrub ni, kalau di perhatikan betul-betul scrub ni ada manik-manik halus yang berwarna hijau, merah. Semuanya vitamin tuh..di antaranya Vitamin C, A, E dan sbgnya. Sebab itulah kulit jadi super lembut, rasa lembut tu kekal lebih lama dari jenis scrub lain yang mungkin akan buat kulit jadi tersangatlah keringnya (sebab scrub tu terlalu kasar).

Untuk penggunaan bersama dengan produk beautee yang lain..sekirannya nak buat facial di rumah.
1. Scrubkan muka dengan Gold Facial Scrub kemudian bilas dengan air.
2. Cuci muka dengan Cleanser kemudian bilas.
3. Lapkan kering dan dapkan toner.
4. Campurkan 3D Mask dengan solutions dan sapu ke seluruh muka, biar 20 minit. Bila dah kering di tepinya tanggalkan dan bilas dengan air. Lap kering.
5. Sapukan ampoule dari leher ke atas, urut perlahan-lahan sampai ampoule itu menyerap ke dalam kulit.

Hasilnya : Nah!! Kulit akan jadi lembut, berseri dan lembab..cun tuhhh!!..hehehhe

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Perfume : Pure Perfume Oil


Perfume Oil For Her
1. Be Delicious Inspired By DKNY
2. Amor Amor Inspired By Carcharel
3. Eternity Inspired By Calvin Klein
4. Jadore Inspired By Dior
5. Miracle Inspired By Lancome
6. Flower Inspired By Kenzo
7. Nina Inspired By Nina Ricci
8. Addict2 Inspired By Christian Dior
Tanpa alkohol. Tahan selama 8 jam.


Perfume For Him
1. Cool Water Inspired By Davidoff
2. Eternity Inspired By Calvin Klein
3. Boss Inspired By Hugo Boss
4. Black Code Inspired By Giorgio Armani
Tanpa alkohol. Tahan selama 8 jam.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Ampoule : Eye Care Ampoule ..Lingkaran Gelap (EYE BAG)



Jom kita lihat macamana nak gunaka eye ampoule /  eye serum ni ok.

Selepas menyapu toner ke seluruh wajah anda, sapukan pula EYE AMPOULE / EYE SERUM dan lakukan urutan di bawah mata anda yang gelap tu. Urut dari kiri ke kanan sebanyak 5 kali, kemudian pejamkan mata buat urutan membulat dari arah bawah mata ke atas dari kiri ke kanan, ikut urutan sebanyak 5 kali. Ulangi ia sebanyak 5 kali dan lakukan ia sebanyak 5 set, sepanjang urutan sekiranya ampoule habis bolehlah di tambahkan lagi.

Setelah selesai urutan dilakukan, lekatkan EYE MASK di bawah mata, lekatkan rapat dan biarkan selama 10 -15 minit. Kemudian sapukan moisturizer, sunblock dan bolehlah pakai bedak seperti biasa

Rawatan lengkap seperti ini (Ampoule & Mask) di lakukan selang sehari. Namun begitu eye care ampoule mestilah di pakai sehari 2 kali sepanjang 7 hari.

Bagi yang berusia 35 tahun ke bawah gunakan eye care ampoule di siang hari dan gunakan Nano Eye Serum di malam  hari.

Bagi yang berusia 35 tahun ke atas gunakan Eye Serum di siang dan malam hari dan tidak perlu menggunakan Ampoule.
Eye Care Ampoule di gunakan dua (2) kali sehari, sapu di sekitar mata dan urut secara membulat. Baki ampoule tadi bolehlah di simpan di dalam peti sejuk dan pastikan botol ampoule itu di tutup serapat-rapatnya untuk mengelakkannya dari di cemari udara.

Suka ke? Jomlah Follow/Like :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
**Harap Maklum..Segala Yang Tercatat Disini Semuanya Hak Milik Syakiella Axrill**
l