Nano Eye Serum di rumus khas dari ekstrak buah manggis yang berupaya mengurangkan masalah kedutan / garis-garis halus di sekitar mata dan sangat berkesan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata. Rumusan Nano yang di aplikasi di dalam Nano Eye Serum ini terdiri dari Nano molekul yang sangat halus dan dapat menembusi kulit dalam masa 40 saat.
Perbezaan di antara Nano Eye Serum dan Eye Care Ampoule adalah Nano Eye Serum sesuai untuk merawat masalah di sekitar mata kerana ia sangat efektif dan kesannya boleh di rasai selepas 3 kali penggunaan. Manakala Eye Care Ampoule pula sesuai untuk kulit muda di antara 18 - 35 tahun dan juga sebagai "maintenance" (untuk mengekalkan mata yang tegang tanpa garis halus atau tanpa lingkaran hitam di bawah mata).
Kesan penggunaannya juga adalah berbeza bagi setiap individu. Masalah garis halus dan kedut di sekitar mata mungkin mengambil sedikit masa dan usaha, manakala masalah lingkaran hitam dan lebam di bawah mata / eye bag lebih cepat di rasai perubahannya.
Cara Penggunaannya
Di sarankan selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka dan selepas penggunaan toner. Picitkan sedikit Nano Eye Serum ke atas jari, sapukan ke kawasan sekitar mata. Tepuk lembuk dengan menggunakan satu jari. Tidak di sarankan menyental atau menggosok kasar di kawasan mata kerana kawasan mata adalah kawasan yang sangat lembut.
Berikut di tunjukkan cara menggunakan Beautee Nano Eye Serum..sila perhatikan..
Bagi kulit muda 18 - 35 tahun
Pagi ~ disarankan menggunakan Eye Care
Malam ~ disarankan Nano Eye Serum
Bagi kulit matang 35 tahun ke atas
Pagi dan Malam di sarankan menggunakan Nano Eye Serum.
TIPS : Selain penggunaan Beautee Eye Mask, penggunaan Nano Eye Serum lebih di sarankan dengan aplikasi harian. Untuk maintenance pengguna boleh lah menggunakan Eye Care Ampoule.
0 5000 orang nak tahu RAHSIA Syakie:
Post a Comment