Jerawat?? Mmg tak selesakan. Rasa stress dan tertekan betul bila jerawat mula bertakhta di muka.
Bila timbulnya jerawat ni kat muka, mulalah tangan tu gatal merayap nak picitkan! Kebanyakkan dari kita akan picit jerawat tersebut hanya dengan menggunakan kuku (faktor tak sabar dan geram ler tuu). Sanggup picit sampai senget-senget muka.
Bukan tu aje, ada juga yg "pop" kan jerawat tu menggunakan jarum!..yang penting bagi mereka jerawat tu meletop!.
Lepas dah picit jerawat tu...hari berikutnya keluarlah lagi beberapa biji jerawat...tak pun terus jadi parut hitam. Jadi....betul ke cara kita picit jerawat selama ni?..Jawapannya SALAH! Cara picit dengan kuku atau dengan jarum tu memang tidak betul sama sekali.
Sebabnya :-
Picit jerawat dengan menggunakan kuku ni boleh menyebabkan jangkitan kuman. Kuman tu datangnya dari jari jemari kita lah, sebab tu bila jerawat tu dah aje keluar, tup-tup esok lusa jerawat lain pulak keluar di tempat yang sama. Picit jerawat cara tu juga boleh menyebabkan terjadinya parut jerawat, so lepas ni kenalah buat dengan cara yang betul. Nak tahu macamana??..hmmm..meh syakie tunjukkan.
Langkah 1
Cuci dulu tangan tu !!. Pastikan juga tangan tu di cuci dengan menggunakan sabun. Basuh sebersih-bersihnya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Langkah 2
Cuci muka tu dengan pencuci muka yang mengandungi bahan antibakteria (Purifying Cleanser). Kalau kat muka tu masih lagi ada makeup, sila lah bersihkan dulu dengan make up removal kemudian barulah cuci muka dengan pencuci muka. Kulit muka kita ni memang sentiasa ada bakteria, kalau tak cuci dulu kemudian terus picit aje jerawat tu, bermakna kita memberi peluang kepada bakteria untuk terus masuk kedalam kulit.
Langkah 3
Scrub di bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Tujuannya adalah untuk membuang sel-sel kuit mati dan memudahkan kerja untuk memicit jerawat. Boleh gunakan Gold Facial Scrub, jangan pulak gunakan scrub kat badan untuk scrub di muka pulak ye...hehehhe
Langkah 4
Steamkan kulit muka tu untuk beberapa minit bagi membuka liang-liang pori supaya senang jerawat tu nak keluar apabila di picit nanti. Gunakan sarung jari ataupun sekurang-kurangnya tisu sebelum memicit jerawat bersama dengan peralatan membuang jerawat yang dikhaskan untuk tujuan itu. Tujuannya pun sama iaitu untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Langkah 5
Cari "Mata" jerawat tu, picit di bahagian tepi jerawat tu untuk keluarkan isinya. Urut sedikit untuk pastikan isinya keluar. Jangan sesekali sentuh jerawat tersebut, kecuali untuk lapkan isi jerawat yang keluar itu sahaja. Jangan picit keterlaluan yer, takut nanti akan jadi parut jerawat pulak.
Langkah 6.
Dapkan toner kat atas jerawat tu atau gunakan Skin Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat dan meredakan jerawat tu dengan cepat
Langkah 7
Gunakan 3D Mask untuk kulit berjerawat seperti 3D Green Apple kerana ianya mengandungi antiseptik, 3D Green Pea pulak untuk membantu jerawat tu supaya sembuh dengan cepat dan juga untuk mengecilkan sedikit liang pori kita tu selepas jerawat di keluarkan.
0 5000 orang nak tahu RAHSIA Syakie:
Post a Comment