Terdapat tiga (3) jenis BB Cream untuk setiap kulit.
1. BB Cream untuk kulit jerawat dan berminyak.
2. BB Cream untuk kulit normal dan kering (warna natural)
BB Cream ni memang sudah menjadi trend zaman sekarang ni sebab ianya mudah di bawa. Ia juga mengandungi SPF, bertindak sebagai concealer, foundation dan juga berfungsi untuk memperbaiki struktur kulit (maknanya, sesiapa sahaja yang menggunakan BB Cream ini tidak akan mendapat jerawat sekiranya menggunakannya dalam jangka masa panjang,malah kulit akan menjadi lebih cantik dan berseri. Senangkan ..nak bawa kemana-mana pun senang aje.
Keistimewaan BB Cream?
1. Open Pores (liang pori terbuka) tidak ketara sangat bila kita gunakan BB Cream ni. Krim ini juga bertindak melindungi pori-pori kulit muka agar nampak sekata.
2. Tidak berminyak, ringan, mudah di sapu, tambahan lagi bila di sapu selepas ampoule/serum. Bagi kulit berminyak (oily), selepas pakai BB Cream dengan powder, kulit akan nampak gebu, makeup juga tahan lebih lama.
3.Tone kulit menjadi sekata dan lebih glow (bersinar-sinar)
4. Juga bertindak sebagai concealer, maknanya boleh cover lingkaran gelap bawah mata.
Beza BB Cream dengan Concealer ?
Concealer ni texturenya lebih pekat, di gunakan untuk menampal / cover kat mana-mana bahagian yang tidak sekata di muka, hanya di guna untuk tempat yang perlu aje, tak di sapu di seluruh muka. Kalau kita pakai concealaer, wajib cuci bersih-bersih, kalau tidak concealer yang thick (heavy duty) boleh sumbat liang pori dan menyebabkan kulit berminyak atau berjerawat.
BB Cream pula smooth (lembut), masih boleh guna sebagai concealer dan juga boleh di sapu di seluruh muka, lagi best kan!!. Dan yang penting, setebal mana pun kita sapu, BB Cream takkan sumbat liang pori dan sudah pasti kulit tak kan dapat jerawat.
0 5000 orang nak tahu RAHSIA Syakie:
Post a Comment