Bersihkan muka sekurang-kurangnya 2 (dua) kali sehari serta pastikan ianya benar-benar dicuci dengan bersih. Pilihlah jenis pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit muka anda dan elakkan membeli barangan pencuci yang mahal jika tidak kena pada kulit wajah.
Berikut ada cara dan teknik yang betul bagi membersihkan wajah.
1. Mencuci Mekap
Untuk menanggalkan kesan make up pada wajah anda gunalah milk cleanser yang sesuai. Ini penting agar cucian yang seterusnya benar-benar sampai ke pori-pori kulit. Caranya adalah dengan menggunakan kapas muka yang ditarik dari dalam terus keluar wajah dan dari arah bawah terus tarik ke atas, langkah ini penting bagi menggelakkan kulit anda dari menjadi kendur.
2. Mencuci Maskara
Maskara yang kalis air memang sukar ditanggalkan begitu juga dengan eyeliner yang berbentuk cecair. Jadi gunakan lah pencuci mata yang sesuai kerana ia bukan sahaja mudah menanggalkan maskara anda malah ia juga mengandungi bahan yang dirumus khas untuk kulit dibahagian mata yang lebih sensitif. Caranya adalah dengan menekapkan kapas pada bahagian mata dan tarik turun kebawah, ulangi ini sehingga semua kesan maskara tertanggal.
** anda juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk menanggalkan maskara ini.
3. Mencuci Muka
Basuh tangan dulu sebersih-bersihnya kemudian ikutlah arahan pada jenis pencuci muka yang anda gunakan itu. Jika jenis pencuci muka berbuih maka buihkanlah ianya terlebih dahulu dengan campuran air yang secukupnya. Manakala jenis cream pula selalunya boleh terus diletakkan pada wajah, caranya adalah dengan meletakkan 5 dot pada wajah iaitu di ke dua-dua belah pipi, hidung, dagu dan dahi kemudian basahkan tangan dan mulalah membersihkan wajah.
Mulakan mencuci dibahagian pipi dengan gerakan memusar menghala ke atas. Elakkan dari terkena di bahagian mata, kemudian teruskan ke tepi hidung dan gunakan hujung jari manis untuk menanggalkan kotoran pada bahagian celah tepi hidung. Teruskan ke bahagian dahi dengan gerakan memusar juga hingga ke garis anak rambut, kemudian ke sekeliling wajah dan diteruskan ke bahagian dagu dengan cara gerakan yang sama. Seterusnya ke bahagian bawah dagu dan leher. Habiskan langkah cucian ini sahaja selama lebih kurang 5 minit. Kemudian bersihkan sisa-sisa buih tersebut dengan air bersih. Gunakanlah penyegar dan krim mata untuk kemasan sebelum mengenakan sebarang krim atau make up. Seminggu sekali manjakan wajah anda dengan scrub dan masker.
0 5000 orang nak tahu RAHSIA Syakie:
Post a Comment