Salam sejahtera semua...hari ini syakie nak kongsi lagi satu rahsia kecantikan. Jom baca ni sampai habis dan fahamkan yer. Ok...sebenarnya kan, Ampoule dan Serum tu boleh membuatkan wajah you all menjadi segar dan bertenaga serta membuatkan makeup tahan lebih lama tau. Serum ini juga memang popular di gunakan dikalangan model-model terkenal dan jurusolek popular.
Ada 2 jenis Ampoule dan 1 jenis Serum untuk tujuan itu.
Face Ampoule yang boleh di gunakan adalah Collagen Face dan Vitamin C. Manakala untuk mendapatkan kelembapan optimum gunakanlah 24K Gold Serum sebagai lapisan makeup. Bukan semua ampoule boleh di gunakan untuk make up yang tebal dan makan masa ni. Ini adalah kerana kulit kita amat sensitif dan kita mesti mengambil kira kesan jangka masa panjang juga.
Bagi you all yang mempunyai jerawat yang masih belum reda@sembuh, you all hanya boleh menggunakan Collagen Ampoule semasa photo shoot sahaja, sebaiknya setelah selesai bergambar tu cepat-cepatlah cuci yer.
COLLAGEN AMPOULE TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SETIAP HARI...ingat yer!!!
Cara menggunakan Collagen ampoule
Ratakan ampoule tu keserata wajah, tunggu sehingga kering, bila dah kering barulah boleh pakai bedak asas dan makeup. Sekiranya kulit menjadi kusam dan kering, sebaiknya sapukan 24K Gold Serum keseluruh wajah, apabila telah kering sapukan pula Vitamin C Ampoule untuk membuatkan kulit muka lagi bersinar, kemudian barulah di sapu bedak asas dan solekan.
Senang citer...cubalah dulu baru tahu!
0 5000 orang nak tahu RAHSIA Syakie:
Post a Comment