Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita, tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu MEMBERSIH, MENYEGAR dan MELEMBAP
Jom kenali kulit wajah
1. Kulit Normal
Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda di sarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.
2. Kulit Kering
Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap malam. Krim malam ini berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.
3. Kulit Berminyak
Kulit yang sebegini tidak perlu terlalu menggunakan pelembab. Ini kerana kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Walau bagaimana pun anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan penyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.
0 5000 orang nak tahu RAHSIA Syakie:
Post a Comment